Tuesday 3 February 2015

SOALAN LATIHAN ILMU DHABT
Soalan pertama

1.       Apa itu ilmu dhabt?
2.       Sebutkan sebab-sebab peletakan nu’tah I’rab dan  nu’tah a’jam ?
3.       Siapakah pengasas kedua-dua nu’tah tersebut dan diantara kedua-dua nu’tah tersebut, yang manakah paling awal kemunculannya?
4.       Sebutkan perbezaan diantara ilmu dhabt dan ilmu resam al-quran.
( BAB MUKADDIMAH ILMU DHABT)
Jawapan ( 1)

1.       Dari segi bahasa : sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara
Dari segi istilah   : suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakat ( baris ), sukun ( tanda mati ), saddah , mad dan lain-lain lagi.

2.       Asbab penulisan berbaris : dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa
Asbab penandaan titik : membezakan antara huruf dengan huruf yang lain

3.       Para ulama’ lebih condong mengatakan orang pertama yang mencipta nuqtah I’rab ialah Abul Aswad Ad-Duali atas arahan Zaid, dan nu’tah ini adalah yang mula-mula diperkenalkan . Nu’tah A’jam pula dicipta oleh Nash bin ‘Ashim, dan Yahya bin Umar. 



4.       Perbezaan ilmu resam dan dhob :

Ilmu resam : 

- Dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqaf (berhenti) kalimah al-Quran
- Membincangkan tentang hazaf , isbat sesuatu huruf.

Ilmu dhob : 

- Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal (bersambung)
- Membincangkan tentang baris huruf , sama ada mad, saddah, sukun dan dll.



Soalan kedua

1.       Terangkan hukum tanwin yang bersifat “tarkib” ( baris ditulis sama panjang ) dan hukum tanwin yang bersifat  “itbaq”  ( baris ditulis tidak sama panjang ).
2.       Jelaskan mengapa berlaku situasi diatas bersama contoh

Jawapan ( 2)

1.        Maksud tarkib : alamat baris dan titik selari/sama kedudukan  atas dan bawah
        Maksud itba’   : alamat baris dan titik tidak selari.salah satu kehadapan sikit

2.       Cara penandaan : TARKIB

Sekiranya, huruf yang bertanwin terletak sebelum HURUF IZHAR , yang terdiri    daripada
6 huruf yang disepakati iaitu : ( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء  )
Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far : ( ه ء , ح, خ )

Cara penandaan : ITBA’

Sekiranya huruf yang bertanwin itu terletak selepasnya adalah HURUF SELAIN IZHAR dan IQLAB .



Soalan ketiga

1.       Pada waktu manakah tidak perlu diletakkan tanda sukun pada nun sakinah dan sebutkan sebabnya.

Jawapan ( 3)

1.       Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah huruf SELAIN daripada Huruf Izhar Maka TIDAK PERLU ditulis tanda sukun sebagai isyarat bahawa hokum tersebut bukannya termasuk dalam hukum izhar. Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah Huruf Iqlab, disini terdapat dua mazhab iaitu:
  


Soalan keempat

1.       Bariskan  kalimah di bawah mengikut resm uthmani:
1.       من ءامن  :.......................................................................................
2.       من ربهم :.........................................................................................
3.       أنفقوا :.............................................................................................
4.       دنيا :...............................................................................................
5.       أنبورك :...........................................................................................
6.       عليما حكيما :.....................................................................................
7.       غفور رحيم :......................................................................................
8.       عليم بذات الصدور :............................................................................
9.       ألم نشرح :.......................................................................................
10.   قد تبين :..........................................................................................
11.   أحطت :...........................................................................................
( BAB 2 : BARIS BAGI SETIAP YANG BERTANWIN, NUN SAKINAH DAN HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA  )

JAWAPAN ( 4 )
( cara penandaan )

1.       Tanda sukun akan diletakkan di atas huruf nun menunjukkan isyarat kepada izhar ( kerana bertemu dengan huruf izhar )
2.       Akan diletakkan tanda tasdid (ّ ) dan baris menunjukkan isyarat kepada idghom kamil
3.       Tidak perlu diletakkan tanda sukun menunjukkan isyarat kepada tidak perlu izhar ( kerana bertemu dengan huruf selain izhar )
4.       Tanda sukun akan diletakkan di atas huruf nun menunjukkan isyarat kepada izhar tanpa perlu diletakkan tanda saddah dan baris.
5.       Ada dua pandangan , yang pertama diletakkan mim kecil di atas nun.
Yang kedua , tidak akan diletakkan tanda sukun
6.       Hanya akan diletakkan baris tanwin sahaja
7.       Diletakkan saddah dan baris
8.       Diletakkan tanwin dan baris
9.       Diletakkan di atas huruf mim ( tanda bulat )
10.   Tempat yang ada tasdid, tidak akan diletakkan tanda sukun ( ighom kamil )
11.   Ada dua pendapat
Tidak diletakkan sukun ( bukan izhar) dan tidak diletakkan tasdid ( bukan idghom )
Diletakkan sukun ( menunjukkan idhom naqis ) dan saddah  ( menunjukkan idhgom )




Soalan kelima

1.       Sebutkan pandangan ulama’ tentang alamat bagi saddah
2.       Diantara pandangan yang diberi, pandangan yang manakah yang kita beramal dengannya ?

Jawapan ( 5 )

1.       Mazhab Khalil bin Ahmad mengatakan saddah itu berasal daripada kepala shin ( ش ) tanpa ekor
Pandangan kedua mengatakan tanda saddah ini diletakkan di atas huruf

Pendapat pertama,Mazhab khalil bin ahmad dan pengikutnya :

        I.      Meletakkan kepala (syin) tanpa titik.
       II.      Diletakkan diatas huruf.
      III.      Diambil dari perkataan (syin) kerana huruf awal     mengalahkan huruf yang lain.
      IV.      Apabila keadannya fathah atau dhommah diletakkan tanda itu pada atas huruf.
     V.         Inilah yang diamalkan sehingga sekarang dan di sokong oleh abu daud.

Pendapat lain pula mengatakan ,

    i.      Tanda fathah dan dhommah diletakkan didepan huruf.
    ii.     Tanda kasrah diletakkan di bawah dan bukan diletakkan pada satu tempat.
    iii.    Pendapat lain, kasrah diletakkan atas huruf dan di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif.

Pendapat kedua,ahli madinah madinah dan pengikutnya ahli Andalusia menggunakan huruf dal yang senget sedikit. Diambil dari perkataan (syidda) yang bermaksud bersangatan. Dikatakan lebih bagus dari (syin) kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam satu kalimah, menjadi pilihan kerana mejoriti. Di letakkan di atas huruf secara terbalik apabila ia fathah, di letakkan di depan  secara menunggeng apabila dhommah dan di bawah apabila kasrah



Soalan keenam

1.       Apa itu “ mattah” ?
2.       Bagaimanakah kedudukannya apabila bertemu dengan mad munfasil, mad badal dan mad lin ?

Jawapan ( 6 )

1.    Mattah adalah satu garisan panjang  yang melintang yang terangkat sedikit di bahagian hujungnya.
2.        Terletak tanda mad  atas huruf mad yang tiga iaitu : alif, wau dan ya (اوي)  - apabila bertemu dengan  hamzah muttasil atau munfassil. Adapun mad badal dan mad lin tidak perlu letak tanda kecuali pada bacaan ishbaq ( bacaan 6 harakat menurut riwayat warsh )



Soalan ketujuh

1.       Apakah warna bagi huruf hamzah yang ditashilkan dan huruf hamzah yang diibdal menjadi huruf mad ?
2.       Apakah alamat bagi idkhol ?
3.       Sekiranya berhimpun dua hamzah dalam satu kalimah , akan dihazafkan salah satu dari perumah bagi hamzah. Oleh itu, perumah hamzah yang manakah akan dihazafkan ?
Jelaskan dan berikan contoh.

Jawapan ( 7 )

1.       Merah dan tidak diwarnakan.
2.       Alif kecil atau garisan yang berada di bawah dan dilintangkan diantara dua hamzah
3.        Ketika jama’ ( dua hamzah ) :
Sekiranya dua hamzah yang berbeza baris  mahupun dua hamzah yang sama baris bertemu antara satu sama lain, maka wajib hazaf salah satu daripada dua perumah hamzah.
Mazhab Al-Farra’ – dikekalkan rumah hamzah yang pertama dan dihazafkan yang kedua. Pandangan ini digunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan sama baris.

Mazhab Kisa’ie – dihazafkan perumah hamzah yang pertama dan kekal yang kedua. Pandangan ini dugunakan ketika dua hamzah bertemu dalam keadaan berbeza baris
Ulama’-ulama’ dhab telah menggunakan kedua-dua pandangan ini seperti mana yang telah dilarang.



Soalan kelapan

1.       Bariskan  kalimah dibawah menurut penulisan Resm Uthmani:

1.       نعما :.........................................................................................
2.       تعدوا : ......................................................................................
) Menurut  wajah bacaan ikhtilas )
1.       قيل : .........................................................................................
2.       وغيض : ....................................................................................
) Menurut wajah bacaan Ismam )
1.       جاء : ........................................................................................
2.       وشاء : .......................................................................................
( Menurut wajah bacaan Imalah )


1.       Menurut wajah bacaan  - ditulis dengan tanda bulat kosong di atas huruf ( ه) ,
2.       Menurut wajah ismam – ditulis tanda  ( ه ) ini dihadapan huruf sebelum huruf ya'
3.       Menurut wajah Imalah – tanda ini ( ه ) ditulis a pada kedua-dua keadaan ( waqaf dan wasol )



Soalan kesembilan

1.       Sebutkan pandangan ulama’  berkenaan tanda bagi  alif wasol
2.       Diantara pandangan yang diberikan, pandangan yang manakah yang kita beramal dengannya ?

Jawapan ( 9 )

Terbahagi kepada empat pendapat  ( pandangan ulama') :

 1.   Sebahagian ahli mashariqoh : kepala sod (ص)
 2.   Sebahagian ahli mashariqoh yang lain : dal yang terbalik (v)
 3.   Ad-dani : bulatan kecil (ه)
 4.   Sebahagian ahli magharibah : garisan ( - )

 Pandangan  yang diamalkan adalah pandangan pertama iaitu  ( kepala sod )


Soalan kesepuluh

1.       Apakah alamat bagi Naqol ?  Dimanakah ia terletak ? Dalam situasi apakah yang menyebabkan berlakunya Naqol ?
Jelaskan jawapan anda bersama contoh .
2.       Bariskan kalimah dibawah menurut penulisan Resm Uthmani:
1.       من ءامن : ....................................................................................
2.       رحيم ءأشفقتم : ................................................................................
3.       الأرض : ......................................................................................
( Jelaskan mengikut cara bacaan Naqal ).
Jawapan ( 10 )

1.        Alamat bagi naqal adalah satu garisan (- ) yang berada di atas huruf yang dinaqalkan. 
       Tidak mempunyai rumah 
       Sekiranya hamzah itu berada  ditengah ( امن من) atau Hamzah mempunyai rumah seperti:
       Fathah : garisan di atas (  اَفلح قد) , 
       Kasrah : garisan di bawah ( اِملاق  من)
             Dhommah : garisan di tengah (   جلت + لأى يوم)  

2.       من -امن ( tanpa hamzah ).
رحيم -اشفقتم  ( tanpa hamzah ).
الارض  ( tanpa hamzah ).



Soalan sebelas

1.       Bariskan kalimah dibawah  mengikut Resm Utmani:
1.       تراءا : ..........................................................................................
2.       ليسوءوا : ......................................................................................
3.       يلوون : .........................................................................................
4.       النبئن : ..........................................................................................
5.       وورى : .........................................................................................
6.       ابراهيم : ........................................................................................
7.       حيى : ............................................................................................
8.       فنجى بيوسف : .................................................................................
( Jelaskan jawapan anda menurut cara bacaan yang kita beramal dengannya )


Jawapan (11)

( Penerangan )

1.       Sekiranya menghazafkan huruf yang pertama, boleh memilih sama ada hendak meletakkan tanda ilhaq atau tidak
2.       Wajib ditulis tanda ilhaq ( wau kecil selepas hamzah ) sebab menghazafkan huruf yang kedua.
3.       Ditulis dengn satu wau, dan menghazafkan wau yang kedua ( wau yang kedua adalah wau ilhaq )
4.       Ditulis dengan hazafkan huruf hamzah yang pertama
5.       Ditulis dengan wau yang satu, dihazafkan yang kedua ( ditulis  و  kecil atau  ~  menggantikan huruf wau yang kedua )
6.       Hazafkan alif dan letakkan ilhaq
7.       Diletakkan tanda ilhaq mengantikan ya kedua
8.       Ditulis dengan nun yang satu sahaja dan terdapat tanda ilhaq



Soalan kedua belas

1.       Apakah yang dimaksudkan dengan huruf yang ditambah
Jelaskan dan sebutkan contohnya.

Jawapan  (12)

1.       Huruf yang ditambah terbahagi kepada tiga iaitu  alif, wau dan ya’.
Tanda bagi menunjukkan bahawa ada penambahan huruf, akan ditulis dengan (x) dua lam yang disilangkan dan ini pandangan sebagaian ahli masyariqah.  Manakala, bentuk (o) ini adalah bentuk yang kita amalkan.


الأمثلة : (لأانتم) (ولأ اوضعوا)



Soalan ketiga belas

1.       Jelaskan pandangan ulama’ tentang huruf  lam alif   
2.       Sebutkan tiga perbezaan cara penulisan berserta contoh .

Jawapan  (13 )

1.       Khalil bin ahmad  dan sebagian ahki maqariabah mengatakan huruf pertama diantara lam alif itu adalah alif, dan yang kedua adalah lam.
Said bin Mas’ud Al-Akhfash mengatakan huruf yang pertama diantara lam alif itu adalah lam, manakala yang kedua itu adalah alif
2.       Tiga cara penulisan :

Pada kalimah Al-Ardh, mazhab Khalil meletakkan tanda hamzah kecil pada huruf pertama lam alif. Manakala mazhab Akhfasy pula meletakkan tanda hamzah kecil pada huruf kedua lam alif.

Pada kalimah lailahaillallah, mazhab khalil meletakkan tanda mad pada huruf pertama dan mazhab Akhfasy meletakkan tanda mad pada huruf yang kedua.

            Kalimah haulai pula, mazhab Khalil meletakkan huruf hamzah sebelum lam alif manakala mazhab Akhfasy pula meletakkan huruf hamzah selepas huruf lam alif.