BAB EMPAT
(TANDA BAGI HURUF YANG BERSYADDAH)
Penandaan huruf bertasydid
Terdapat khilaf ulama pada huruf bertasydid sama ada perlu meletakkan tanda atau tidak.
Ø Sebahagian ahli Iraq mengatakan: Meletakkan harakat pada huruf pertama dan bakinya tidak perlu.
Ø Jumhur ulama pula mengatakan perlu meletakkan tanda tasydid.
Berlaku khilaf dalam cara meletakkan tanda :
Pendapat pertama,Mazhab khalil bin ahmad dan pengikutnya :
I. Meletakkan kepala (syin) tanpa titik.
II. Diletakkan diatas huruf.
III. Diambil dari perkataan (syin) kerana huruf awal mengalahkan huruf yang lain.
IV. Apabila keadannya fathah atau dhommah diletakkan tanda itu pada atas huruf.
V. Inilah yang diamalkan sehingga sekarang dan di sokong oleh abu daud.
Pendapat lain pula mengatakan ,
i. Tanda fathah dan dhommah diletakkan didepan huruf.
ii. Tanda kasrah diletakkan di bawah dan bukan diletakkan pada satu tempat.
iii. Pendapat lain, kasrah diletakkan atas huruf dan di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif.
Pendapat kedua,ahli madinah madinah dan pengikutnya ahli Andalusia
menggunakan huruf dal yang senget sedikit. Diambil dari perkataan
(syidda) yang bermaksud bersangatan. Dikatakan lebih bagus dari (syin)
kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam satu kalimah, menjadi pilihan
kerana mejoriti. Di letakkan di atas huruf secara terbalik apabila ia
fathah, di letakkan di depan secara menunggeng apabila dhommah dan di
bawah apabila kasrah.
Kesimpulannya :
1) Meletakkan tasydid tanpa perlu meletakkan baris.
2) Meletakkan kedua-duanya.
3) Ada baris ada tasydid kalau dihujung sahaja, kalau bukan di hujung letak tasydid sahaja tanpa baris. Ini kerana tanda tasydid dihujung selalu bertukar.
No comments:
Post a Comment