BAB LIMA
(TANDA-TANDA MAD)
Terdapat 2 pendapat :
1)Pendapat ‘Iraqi : tidak memerlukan tanda sekadar
meletakkan huruf sahaja
2)Jumhur ‘Ulama : perlu letak tanda mad
Tanda mad
Baris panjang yang terangkat sedikit. Berasal daripada
perkataan mad (مد) yang dibuang kepala dan ekornya.
Cara meletakkan tanda mad ,
Terdapat dua pendapat :
- Terletak betul-betul diatas huruf mad (آ) : pendapat abu
daud dan ini yang diamalkan.
- Terletak tanda mad dihadapan sedikit pada huruf
mad.
Terletak tanda mad atas huruf mad yang tiga iaitu :
alif, wau dan ya (اوي) - apabila bertemu dengan
hamzah muttasil atau munfassil.
Contohnya :
Hamzah muttasil : جآء
Hamzah munfassil : وفى أنفسكم
Adapun mad badal dan mad lin tidak perlu letak tanda
melainkan pada tempat isybaa’ (اشباع).
Contohnya :
ءآمنوا
Huruf mad terletak kepada dua :
1) Ditulis
2) Dibuang
Kalau ditulis huruf mad akan diletakkan tanda mad
kepadanya (جآء).
Kalau dibuang huruf mad terbahagi kepada 2 mazhab :
- Letak tanda diatas huruf mad yang ganti (شفعآؤا)
(bersepakat para syeikh dan ini yang diamalkan)
- Mad yang difazaf dan tidak letak alif ganti ( شفعىؤا)
Tambahan
-Jika pertukaran hamzah tashil : tidak perlu letak tanda
contoh :
اسرءيل
- Dan adapun huruf mad yang dibuang dan tidak diletakkan selepasnya hamzah dan sukun :
- Ya yang dihazaf :
ے لايستحي
- Ya zaidah :
دعان ے
- Silah ha dhomir dan mim jama’ :
ان ربهۥ
Maka ulama dhab mengeluarkan 2 pendapat :
- Letak tanda ilhaq ( اوي),
contohnya :
دعان ے , ان ربهۥ
- ini yang diamalkan.
- Tidak perlu letakkan tanda ilhaq tapi letak tanda mad,
contoh :
ے من الحق لايستحي
Dan pendapat pada ilhaq yang dibuang :
* ‘ulama dhab mazhab awal : tidak perlu letak tanda
dan diikuti oleh setengah mazhab yang terdahulu
Perbezaan pendapat pada meletakkan tanda pada huruf mad
- Sedikit yang berpendapat letak tanda atas huruf
mad dan ini yang diamalkan.
- Pendapat yang lain mengatakan letak tanda mad
dihadapan sedikit.
![]() |
Nantikan kemunculan bab yang seterusnya... |
No comments:
Post a Comment