BAB DUA
( Baris Bagi Setiap Yang Bertanwin, Nun Sakinah Dan
Huruf Yang Duduk Di Selepasnya )
BARIS BAGI YANG BERTANWIN
1. Sekiranya, huruf yang bertanwin terletak sebelum HURUF IZHAR , yang terdiri daripada
· 6 huruf yang disepakati iaitu :
( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء )
· Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far :
( ه , ء , ح, خ )
· Cara penandaan : tarkib ( تركيب )
2. Sekiranya huruf yang bertanwin itu terletak selepasnya adalah HURUF SELAIN IZHAR DAN IQLAB , maka,
Cara penandaan : itba’ ( الاتباع )
3. Sekiranya huruf yang bertanwin itu terleta selepasnya adalah HURUF IQLAB ,terdapat dua mazhab yang membahaskan soal cara penandaan baris
Mazhab pertama :
Diletakkan mim kecil sebagai ganti kepada tanwin dan diletakkan baris merujuk kepada huruf tersebut merupakan huruf iqlab.
Ini adalah pendapat daripada Abu Daud dan ini yang diamalkan.
Contoh :
وَاللهُ عَلِيمُ بِالظَّالِمِينَ
Mazhab kedua :
Diletakkan alamat tanwin dan harakat pada huruf-huruf iqlab.
Ini adalah pendapat daripada Ad-Danni.
Contoh :
وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
BARIS PADA HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA ( SEBELUMNYA ADALAH TANWIN)
Huruf selepas :
1. Huruf izhar , Huruf Ikhfa’ atau Iqlab.
- Akan ditulis baris sahaja
Contoh :
وَطَآءِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ
وَاللهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
2. Huruf idhgam ( ل , م , ن , ر )
Akan diletakkan saddah dan baris sebagai isyarat kepada Idgham Kamil ( idhgam yang sempurna )
-
Contoh :
{ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيكُم من بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَآئِفَةً مِنكُمْ}
{يَظُنُّونَ بِاللهِ غَيرِ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَهِلِيَّةِ}
{وُجُوهُ يَومَئِزٍ نَّاعِمَةٌ }
3. Huruf idhgam ( و , ي )
Jumhur ulama’ nu’tah mengatakan tidak akan meletakkan tanda saddah isyarat kepada Idhgam Naqis bukan Idham Kamil.
-
Contoh :
وُجُوهُ يَومَئِزٍ نَّاعِمَةٌ
شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا
4. Hasil pertembungan 2 sukun
Maka akan mengikut kaedah izhar ( baris tanwin dalam keadaan tarkib )
Kecuali pada qiraat-qiraat yang membaca dengan idhgam, maka akan mengikut kaedah idhgam, isyarat kepada idham kamil.
KEDUDUKAN TANDA SUKUN NUN SAKINAH YANG ASLI
Penandaan tanda sukun nun sakinah yang asli ini bergantung kepada katogari huruf yang terletak di selepasnya, antaranya :
1. Sekiranya huruf lepas nun sakinah adalah Huruf Izhar
Maka tanda sukun ini akan berada diatas nun sebagai isyarat kepada hukum Izhar.
- Huruf –huruf izhar ini terdiri daripada :
6 huruf yang disepakati iaitu :
( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء )
- Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far :
( ه , ء , ح, خ )
Contoh :
فَاِنْ أُحْصِرْتُمْ
ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللهَ
2. Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah huruf SELAIN daripada Huruf Izhar
Maka tidak perlu ditulis tanda sukun sebagai isyarat bahawa hukum tersebut bukannya termasuk dalam hukum izhar.
Contoh :
مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَرُ
3. Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah Huruf Iqlab, disini terdapat dua mazhab iaitu:
Mazhab pertama :
Diletakkan mim kecil diatas nun sakinah tanpa meletakkan tanda sukun sebagai isyarat kepada bukannya hukum izhar
Ini adalah pendapat Abu Daud dan inilah yang diamalkan.
Mazhab kedua :
Tidak diletakkan tanda sukun pada nun sebagai isyarat kepada kepada bukannya hukum izhar
Ini adalah pendapat Ad-Danni.
BARIS PADA HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA ( SEBELUMNYA NUN SAKINAH)
Huruf selepas :
1. Huruf izhar , Huruf Ikhfa’ atau Iqlab.
- Akan ditulis baris sahaja
Contoh :
فَاِنْ أُحْصِرْتُمْ
مِنْ تَحْتِهَا
2. Huruf idhgam ( ل , م , ن , ر )
Akan diletakkan saddah dan baris sebagai isyarat kepada Idgham Kamil ( idhgam yang sempurna )
Contoh :
مِنْ لَدُنكَ رَحْمَةٌ
3. Huruf idhgam ( و , ي )
Jumhur ulama’ nu’tah mengatakan tidak akan meletakkan tanda saddah isyarat kepada Idhgam Naqis bukan Idham Kamil.
Contoh :
مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِاللهِ
Di dalam proses penandaan baris pada huruf yang duduk di selepas nun sakinah,
ulama’ nu’tah mengambil kira berdasarkan 2 aspek utama, iaitu :
Tidak perlu diletakkan tanda saddah , menunjukkan bahawa ia bukan termasuk dalam hukum izhar dan tidak perlu diletakkan saddah ,sebagai isyarat kepada ia bukan termasuk di dalam hukum idgham kamil.
Akan diletakkan tanda saddah menunjukkan kepada hukum idgham , dan akan diletakkan tanda sukun diatas nun sebagai isyarat kepada idgham naqis.
Pandangan kedua ni, merupakan pandangan As-Syaiqani , ahli-ahli Nu’tah Morocco dan inilah yang diamalkan.
![]() |
Alhamdulillah...selesai sudah Bab 2. Nantikan kemunculan bab yang seterusnya |
No comments:
Post a Comment