Sunday, 21 December 2014

BAB 5 : Tanda-Tanda Mad

BAB LIMA
                   (TANDA-TANDA MAD)

Terdapat 2 pendapat  :

1)Pendapat ‘Iraqi : tidak memerlukan tanda sekadar


                    meletakkan huruf sahaja

2)Jumhur ‘Ulama : perlu letak tanda mad


Tanda mad

Baris panjang yang terangkat sedikit. Berasal daripada 


perkataan mad (مد) yang dibuang kepala dan ekornya.


Cara meletakkan tanda mad ,

Terdapat dua pendapat :

- Terletak betul-betul diatas huruf mad (آ) : pendapat abu 


daud dan ini yang diamalkan.


- Terletak tanda mad dihadapan sedikit pada huruf 
  mad.

Terletak tanda mad  atas huruf mad yang tiga iaitu :

alif, wau dan ya (اوي)  - apabila bertemu dengan 


                         hamzah muttasil atau munfassil.


Contohnya :

           Hamzah muttasil : جآء

           Hamzah munfassil :  وفى أنفسكم 


Adapun mad badal dan mad lin tidak perlu letak tanda 


melainkan pada tempat isybaa’ (اشباع).

Contohnya : 
ءآمنوا  




Huruf mad terletak kepada dua 


1) Ditulis

2) Dibuang


Kalau ditulis huruf mad akan diletakkan tanda mad 


kepadanya  (جآء).


Kalau dibuang huruf mad terbahagi kepada 2 mazhab :

- Letak tanda diatas huruf mad yang ganti   (شفعآؤا)  

 (bersepakat para syeikh dan ini yang diamalkan)


- Mad yang difazaf dan tidak letak alif ganti  (  شفعىؤا)



Tambahan

-Jika pertukaran hamzah tashil : tidak perlu letak tanda 
               
 contoh :

اسرءيل

- Dan adapun huruf mad yang dibuang dan tidak diletakkan selepasnya hamzah dan sukun :


- Ya yang dihazaf :
 ے  لايستحي

- Ya zaidah : 
دعان ے

- Silah ha dhomir dan mim jama’ :
 ان ربهۥ 


Maka ulama dhab mengeluarkan 2 pendapat :

- Letak tanda ilhaq (  اوي), 
  
 contohnya : 
دعان ے  , ان ربهۥ  

- ini yang diamalkan.


- Tidak perlu letakkan tanda ilhaq tapi letak tanda mad, 

  contoh :  
ے  من الحق     لايستحي



Dan pendapat pada ilhaq yang dibuang :

* ‘ulama dhab mazhab awal  : tidak perlu letak tanda 


  dan diikuti oleh setengah mazhab yang terdahulu


Perbezaan pendapat pada meletakkan tanda pada huruf mad

- Sedikit yang berpendapat letak tanda atas huruf 


  mad dan ini yang diamalkan.

- Pendapat yang lain mengatakan letak tanda mad 
  

  dihadapan sedikit.

Nantikan kemunculan bab yang seterusnya...

BAB EMPAT


(TANDA BAGI HURUF YANG BERSYADDAH)

Penandaan huruf bertasydid 

Terdapat khilaf ulama pada huruf bertasydid sama ada perlu meletakkan tanda atau tidak.

Ø  Sebahagian ahli Iraq mengatakan:  Meletakkan harakat pada huruf pertama dan bakinya tidak perlu.

Ø  Jumhur ulama pula mengatakan perlu meletakkan tanda tasydid.

Berlaku khilaf dalam cara meletakkan tanda :

Pendapat pertama,Mazhab khalil bin ahmad dan pengikutnya :

I.   Meletakkan kepala (syin) tanpa titik.
II.  Diletakkan diatas huruf.
III. Diambil dari perkataan (syin) kerana huruf awal mengalahkan huruf    yang lain.
IV. Apabila keadannya fathah atau dhommah diletakkan tanda itu pada    atas huruf.
V. Inilah yang diamalkan sehingga sekarang dan di sokong oleh abu daud.

Pendapat lain pula mengatakan ,

i.  Tanda fathah dan dhommah diletakkan didepan huruf.

ii. Tanda kasrah diletakkan di bawah dan bukan diletakkan pada satu tempat.

iii. Pendapat lain, kasrah diletakkan atas huruf dan di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif.



     Pendapat kedua,ahli madinah madinah dan pengikutnya ahli Andalusia 

menggunakan huruf dal yang senget sedikit. Diambil dari perkataan 

(syidda) yang bermaksud bersangatan. Dikatakan lebih bagus dari (syin) 

kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam satu kalimah, menjadi pilihan 

kerana mejoriti. Di letakkan di atas huruf secara terbalik apabila ia 

fathah, di letakkan di depan  secara menunggeng apabila dhommah dan di 

bawah apabila kasrah.



Kesimpulannya :

1)  Meletakkan tasydid tanpa perlu meletakkan baris.
2) Meletakkan kedua-duanya.
3) Ada baris ada tasydid kalau dihujung sahaja, kalau bukan di hujung letak tasydid sahaja tanpa baris. Ini kerana tanda tasydid dihujung selalu bertukar.

Monday, 15 December 2014

BAB TIGA


(HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN DAN HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA)

HUKUM BAGI SETIAP HURUF YANG SUKUN

ASAL USUL TANDA SUKUN

Berdasarkan beberapa pandangan, iaitu

Pandangan Khalil bin Ahmad

    Alamat sukun berasal dari kepala jim ( ج ) daripada perkataan جزم yang bermaksud terputus ( dari satu huruuf ke huruf yang lain ).


Pandangan kedua

    Alamat sukun berasal daripada kepala ha’ (ح) berdasarkan lafaz استرح yang bermaksud rehat ( rehat dari menggerakkan mulut )


Pandangan ketiga

   Alamat sukun itu berasal daripada kepala kha’ (خ) daripada lafaz خفف yang bermaksud ringan ( ada pergerakan namun sedikit sahaja )


Pandangan Abu Daud

   Alamat sukun itu berasal daripada bulatan kecil yang kissing ditengah (o)

   Ini adalah pandangan kebanyakan Ahli Nu’tah Madinah, sebahgain Ahli Nu’tah Barat dan sebghagian daripada ahli-ahli Nu’tah Barat.


Pandangan Ahli Madinah
   Alamat sukun itu berasal daripada huruf ha   


TEMPAT DAN KEDUDUKAN SUKUN

Terdapat dua pandangan :

Pertama :

Akan ditulis diatas huruf sekiranya huruf yang sukun itu HURUF IZHAR dan tidak pada huruf idgham.

Menunjukkan isyarat kepada perlunya mengizharkan sebutan huruf tersebut
Inilah yang diamalkan.

Kedua :

Akan ditulis sukun diatas semua huruf yang sukun ( tidak khusus kepada huuf izhar sahaja )

Ini adalah pendapat yang dhoif.


HUKUM HURUF YANG BERBARIS SELEPASNYA

SEKIRANYA HURUF SELEPAS ADALAH :



HURUF IDHGAM KAMIL

Perlu letak tanda saddah

Sebagai isyarat kepada sempurna idhgam ( makhraj huruf yang sekun itu tidak lagi kedengaran) huruf yang sukun itu dengan huruf yang selepasnya.

  قد سمع


HURUF IDGHAM NAQIS

Terdapat dua mazhab :

Mazhab pertama :

Tidak perlu letak tanda sukun diatas huruf yang idham naqis sebagai isyarat ianya bukan hukum izhar.

Dan tidak perlu tanda saddah padanya isyarat kepada ia bukan hukum idgham kamil. 

Inilah yang diamalkan.

   أحطت


Mazhab kedua :

Perlu letak tanda saddah isyarat kepada ianya adalah hukum idgham

Dan perlu juga diletakkan tanda sukun diatas huruf yang diidghamkan itu isyarat kepada ini hukun idgham naqis.

Pandangan ini diamalkan boleh sebahagian Ahli-ahli Nu’tah Barat.



HURUF SELEPAS ADALAH HURUF HIJAIYYAH

Sekiranya huruf hijaiyyah tersebut adalah HURUF IZHAR

  ( Sila rujuk kepada nota diatas. )


Hukum penandaan bagi huruf hijaiyyah yang Izhar adalah sama seperti Huruf Izhar di atas.

Sekiranya huruf hijaiyyah tersebut adalah HURUF IDHGAM

Sila rujuk kepada nota diatas. )


Hukum penandaan bagi huruf hijaiyyah yang Idgam adalah sama seperti Huruf Idgham di atas

Sunday, 7 December 2014

BAB DUA


( Baris Bagi Setiap Yang Bertanwin, Nun Sakinah Dan 

Huruf Yang Duduk Di Selepasnya )

BARIS BAGI YANG BERTANWIN


1. Sekiranya, huruf yang bertanwin terletak sebelum HURUF IZHAR , yang terdiri    daripada

· 6 huruf yang disepakati iaitu :

   ( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء  )

· Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far :

   ( ه ء , حخ )


· Cara penandaan : tarkib ( تركيب  )

2. Sekiranya huruf yang bertanwin itu terletak selepasnya adalah HURUF SELAIN IZHAR DAN IQLAB , maka,

Cara penandaan : itba’ ( الاتباع )
  
3. Sekiranya huruf yang bertanwin itu terleta selepasnya adalah HURUF IQLAB ,terdapat dua mazhab yang membahaskan soal cara penandaan baris 


Mazhab pertama :



Diletakkan mim kecil sebagai ganti kepada tanwin dan diletakkan baris merujuk kepada huruf tersebut merupakan huruf iqlab.


Ini adalah pendapat daripada Abu Daud dan ini yang diamalkan.


Contoh : 
وَاللهُ عَلِيمُ بِالظَّالِمِينَ



Mazhab kedua :


Diletakkan alamat tanwin dan harakat pada huruf-huruf iqlab.


Ini adalah pendapat daripada Ad-Danni.


Contoh : 
وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ


BARIS PADA HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA ( SEBELUMNYA ADALAH TANWIN)


Huruf selepas :



1. Huruf izhar , Huruf Ikhfa’ atau Iqlab.

     - Akan ditulis baris sahaja
       Contoh :  

وَطَآءِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ

وَاللهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ



2. Huruf idhgam ( ل , م , ن , ر )

     Akan diletakkan saddah dan baris sebagai isyarat kepada Idgham Kamil ( idhgam yang sempurna )

-      Contoh :

{ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيكُم من بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَآئِفَةً مِنكُمْ}

{يَظُنُّونَ بِاللهِ غَيرِ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَهِلِيَّةِ}

{وُجُوهُ يَومَئِزٍ نَّاعِمَةٌ }

3. Huruf idhgam ( و , ي )

Jumhur ulama’ nu’tah mengatakan tidak akan meletakkan tanda saddah isyarat kepada Idhgam Naqis bukan Idham Kamil.

       -      Contoh :
وُجُوهُ يَومَئِزٍ نَّاعِمَةٌ 
شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا

4. Hasil pertembungan 2 sukun

Maka akan mengikut kaedah izhar ( baris tanwin dalam keadaan tarkib )



Kecuali pada qiraat-qiraat yang membaca dengan idhgam, maka akan mengikut kaedah idhgam, isyarat kepada idham kamil.


KEDUDUKAN TANDA SUKUN NUN SAKINAH YANG ASLI

Penandaan tanda sukun nun sakinah yang asli ini bergantung kepada katogari huruf yang terletak di selepasnya, antaranya :


1. Sekiranya huruf lepas nun sakinah adalah Huruf Izhar

 Maka tanda sukun ini akan berada diatas nun sebagai isyarat kepada  hukum Izhar.

  - Huruf –huruf izhar ini terdiri daripada :

    6 huruf yang disepakati iaitu :
     ( ه , ۱, ح , خ , ع , غ , ء  )

  - Serta 4 huruf tambahan bagi qiraat Imam Abu Ja’far :

( ه ء , حخ )
                              
 Contoh :

فَاِنْ أُحْصِرْتُمْ
ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللهَ

2. Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah huruf SELAIN daripada Huruf Izhar

Maka tidak perlu ditulis tanda sukun sebagai isyarat bahawa hukum tersebut bukannya termasuk dalam hukum izhar.

      Contoh :


مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَرُ 


3. Sekiranya huruf selepas nun sakinah adalah Huruf Iqlab, disini terdapat dua mazhab iaitu:

Mazhab pertama :


Diletakkan mim kecil diatas nun sakinah tanpa meletakkan tanda sukun sebagai isyarat kepada bukannya hukum izhar

Ini adalah pendapat Abu Daud dan inilah yang diamalkan.

Mazhab kedua :


Tidak diletakkan tanda sukun pada nun sebagai isyarat kepada kepada bukannya hukum izhar

Ini adalah pendapat Ad-Danni.

BARIS PADA HURUF YANG DUDUK DI SELEPASNYA ( SEBELUMNYA NUN SAKINAH)


Huruf selepas :



1. Huruf izhar , Huruf Ikhfa’ atau Iqlab.

   - Akan ditulis baris sahaja

     Contoh :

فَاِنْ أُحْصِرْتُمْ

مِنْ تَحْتِهَا

         
2. Huruf idhgam ( ل , م , ن , ر )

 Akan diletakkan saddah dan baris sebagai isyarat kepada Idgham Kamil    ( idhgam yang sempurna )

   Contoh :

 مِنْ لَدُنكَ رَحْمَةٌ


   
3. Huruf idhgam ( و , ي )

      Jumhur ulama’ nu’tah mengatakan tidak akan meletakkan tanda saddah isyarat kepada Idhgam Naqis bukan Idham Kamil.

   Contoh :


مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِاللهِ



Di dalam proses penandaan baris pada huruf yang duduk di selepas nun sakinah,
ulama’ nu’tah mengambil kira berdasarkan 2 aspek utama, iaitu :

   Tidak perlu diletakkan tanda saddah , menunjukkan bahawa ia bukan termasuk dalam hukum izhar dan tidak perlu diletakkan saddah ,sebagai isyarat kepada ia bukan termasuk di dalam hukum idgham kamil.

   Akan diletakkan tanda saddah menunjukkan kepada hukum idgham , dan akan diletakkan tanda sukun diatas nun sebagai isyarat kepada idgham naqis.

Pandangan kedua ni, merupakan pandangan As-Syaiqani , ahli-ahli Nu’tah Morocco dan inilah yang diamalkan.


Alhamdulillah...selesai sudah Bab 2. Nantikan kemunculan bab yang seterusnya